Berita Gerakan

Pengendali lebuh raya perlu bijak tangani kesesakan

Apr 29, 2022

INISIATIF yang bijak perlu diambil oleh pengendali tol agar masalah kesesakan semasa perayaan dapat dikurangkan.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata, tahun ini pula sudah masuk dua tahun kebanyakan umat Islam tidak balik beraya di kampung disebabkan Covid-19.

“Tetapi bagi saya dua tahun tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk membiarkan berlaku kesesakan.

“Seeloknya menambahkan lagi inisiatif untuk elak kesesakan seperti sediakan bayaran tol berkembar lebih banyak. Agar memudahkan kenderaan bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Shiaw Lee berkata paling penting sediakan tandas tambahan di setiap perhentian serta ruang solat yang cukup.

Tambah beliau, penutupan satu lorang jalan yang bertentangan seperti digunakan di jalan-jalan Kuala Lumpur sebelum ini turut membantu mengurangkan kesesakan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Penerangan GERAKAN berkata, alasan kesesakan berlaku teruk disebabkan penambahan kenderaan tidak boleh diambil kira sepenuhnya tetapi pengurusan tol yang perlu diperbaiki segera. – Malaysiapost

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi