Berita Gerakan

Pentadbriran ‘diktator’ Anwar Ibrahim yang menghalang kebebasan suara media

Sep 22, 2023

Selepas melaporkan kekecohan di Dewan Rakyat semalam, portal ‘Malaysia Now’ menerima emel ugutan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa untuk meminda tajuk atau segera memadamkan laporan media tersebut.

Laporan media itu dibuat susulan daripada YAB Anwar Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin terlibat dalam pendakwaan rasuah semasa pentadbiran Perikatan Nasional. Walaupun berkali-kali Radzi meminta YAB untuk menarik balik tuduhan ke atasnya tetapi dihiraukan oleh Speaker Johari Abdul.

Tindakan SKMM mencuba mengancam media berita seperti ini perlu dilihat sebagai serang terhadap demokrasi kita. Salahguna kuasa Kerajaan Madani memaksa media untuk padamkan liputan berita yang tidak menguntungkan kerajaan akan membawa Malaysia ke zaman kegelapan. Sebagai contoh, tanpa kebebasan bersuara, kita tidak akan mengetahu kes rasuah Najib Razak yang melibatkan berbilion-bilion ringgit.

Baru sahaja 10 bulan menjadi pimpinan Malaysia, Anwar Ibrahim hari ini telah menjadi “diktator” yang menghalang hak media untuk bersuara secara bebas, mengunci dan mengawal media tempatan supaya tidak melaporkan kesalahan dan ketidakcekapan pentadbirannya.
Tindakan SKMM yang menghantar emel secara langsung kepada ‘Malaysia Now’ sudah jelas Malaysia dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim telah mengabaikan kebebasan suara yang dijamin oleh perlembagaan negara.

Saya ingin mempersoalkan kerajaan Madani, dimana janji Pakatan Harapan semasa PRU15 lepas yang mengatakan PH akan ‘melindungi kebebasan media dan hak untuk bersuara’ selepas menjadi kerajaan?

Saya menggesa agar Kerajaan PHBN memansuhkan semua undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Akta Hastuan 1948 dan lain-lain agar media tempatan dapat menjalankan tugas mereka untuk menyelia kerajaan tanpa risau diambil tindakan kemudian oleh kerajaan.

WENDY SUBRAMANIAM
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi