Berita Gerakan

Perkasakan industri pelancongan domestik

Jul 31, 2024

Perkasakan industri pelancongan domestik

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai memberi cadangan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar mengaktifkan semula industri pelancongan di negara ini.

Beliau berkata, kementerian berkenaan perlu membuat penelitian untuk menyelesaikan semua aduan dan maklum balas daripada pelancong untuk memperkasakan industri pelancongan domestik.

“Apakah mekanisme bagi kementerian untuk menumpukan semua aduan daripada pelancong?

“Selain itu, adakah petunjuk prestasi utama (KPI) telah diletakkan dalam perkara seperti ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing berkata, pihaknya akan memberikan jawapan secara bertulis dengan teliti berkenaan KPI aduan daripada pelancong.

King Sing berkata, pihaknya juga akan mengambil perkara itu dengan serius jika ada sebarang aduan dan akan menyalurkan aduan tersebut kepada kementerian masing-masing. – HARAKAHDAILY 30/7/2024

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi