Berita Gerakan

Peruntukan RM18 juta didakwa cubaan ‘beli undi’ PRK

Jun 13, 2024

Peruntukan RM18 juta didakwa cubaan ‘beli undi’ PRK

SEPANG — Gerakan, parti gabungan Perikatan Nasional (PN) membidas tindakan pemimpin Kerajaan Perpaduan yang didakwa mengumumkan peruntukan terpiliih. kerajaan di Sungai Bakap yang akan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK).

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai merujuk tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming memberi peruntukan hampir RM18 juta dalam satu majlis Sentuhan Kasih semalam.

Beliau menyifatkan tindakan itu boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dengan alasan menjalankan tanggungjawab yang ada serta pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi Sungai Bakap yang bakal membuang undi pada 6 Julai.

Dalam satu kenyataan, beliau turut mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidiladha dengan pemberian “gula-gula” sebanyak RM290,000 kepada pengundi Sungai Bakap.

“Kerajaan Madani dilihat sangat kebal kerana pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya dibuat, bermula daripada PRK KKB dan kali ini PRK Sungai Bakap. Perbuatan ini dibuat demi kuasa dan jawatan.

Dengan mentaliti ini, eksploitasi politik wang berasaskan kepentingan parti berterusan, menjadi norma harian Kerajaan Madani menyebabkan ketidaksamaan yang lebih besar dalam gelanggang pilihan raya antara pembangkang dan kerajaan.

“Gerakan menggesa Kerajaan menghentikan amalan tidak beretika ini yang bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang yang sama rata dalam pilihan raya,” katanya.

Justeru Gerakan menegaskan supaya diwujudkan garis panduan yang menyeluruh berkenaan etika kerajaan sementara dan kerajaan bukan sementara semasa tempoh pilihan raya sebaik sahaja terdapat pembubaran Parlimen/DUN.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi