Berita Gerakan

PH hanya fokus perebutan kuasa – Gerakan

Jun 20, 2020

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan dilihat hanya fokus kepada perebutan kuasa  di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak pernah mengambil berat terhadap isu siapakah yang lebih layak dan mampu menggalas jawatan Perdana Menteri.

Menurut Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau kemampuan seseorang pemimpin menjadi Perdana Menteri sangat penting kerana ianya menjamin kestabilan  negara.

“Hari  ini kita nampak Pakatan Harapan masih lagi sibuk untuk merebut kuasa yang nampak hujah bagi Pakatan Harapan ini adalah siapa akan menjadi Perdana Menteri, ini fokus mereka.

“Tetapi mereka tidak bincang siapa ada kemampuan menjadi Perdana Menteri, mereka hanya bincang siapa akan jadi Perdana Menteri, Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media di Menara PGRM hari ini.

Beliau terdahulu berkata Gerakan prihatin terhadap perkembangan terkini ekonomi negara apabila dijangkakan kadar pengangguran akan meningkat selain banyak sektor itu yang terjejas akibat Covid-19.

Justeru katanya kestabilan politik adalah antara  jalan penyelesaian yang boleh digunakan bagi memapan semula ekonomi apatah lagi ketika negara kini berada dalam fasa pemulihan selepas dilanda pandemik Covid-19.

Seorang Perdana Menteri ujar Dominic lagi, perlu menangani isu semasa negara dengan baik.

Sehubungan itu beliau melihat kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan patut disokong, sama seperti pendirian Gerakan.

Baru-baru ini DAP menyatakan sokongan kepada Tun M untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Begitu juga dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang melihat Tun layak terus memimpin PH.

Berbeza dengan PKR yang menolak Tun M sebaliknya kekal menyatakan sokongan penuh kepada Anwar.

Ini jelas menunjukkan Pakatan Harapan sehingga kini masih belum selesai untuk memuktamadkan isu jawatan tersebut.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi