Berita Gerakan

PM digesa tidak tunduk kepada ‘kluster mahkamah’: Gerakan

Jun 4, 2022

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa agar tidak tunduk kepada pihak yang digelar sebagai ‘kluster mahkamah’.

Naib Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Baljit Singh berkata, ‘kluster mahkamah’ merujuk kepada mereka yang mempunyai kes yang akan atau sedang dibicarakan atau dalam proses rayuan di mahkamah.

“Saya faham Perdana Menteri akan didesak untuk memilih di antara kesetiaan kepada parti UMNO atau barisan kabinet sekarang.

“Mungkin Perdana Menteri akan menerima desakan dan kata dua oleh pihak ‘kluster mahkamah’ untuk menurut kehendak mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Baljit Singh berkata, keadaan inflasi semakin meningkat dan menjadi tekanan kepada rakyat, isu itu patut diutamakan dan kini bukan masanya bermain politik

Beliau berkata demikian apabila melihat situasi Ismail Sabri yang dilihat seperti ‘ditelan mati mak, diluah mati bapa’ selepas kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid semasa Sambutan ulang Tahun Barisan Nasional (BN) Ke-48 baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau mendakwa, Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan memberi jaminan akan berbincang dengan Perdana Menteri mengenai tarikh PRU15 dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan, Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan visi dan misi yang mengutamakan rakyat.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi