Berita Gerakan

PM Muhyiddin dijangka rasmi Persidangan Nasional Parti Gerakan Sabtu

Mac 12, 2021

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang ke-49 esok (Sabtu).

Menurut kenyataan Gerakan hari ini, persidangan akan berlangsung secara hibrid dengan kehadiran fizikal di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM serta secara maya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dijadual merasmikannya secara maya

Parti Gerakan diterima menganggotai gabungan PN secara rasmi pada 11 Feb lalu, selepas diluluskan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong sebelum ini dilaporkan berkata persidangan itu akan berlangsung selama dua hari, bermula dengan persidangan Pemuda dan Wanita  pada malam ini (12 Mac).

Ini akan disusuli Persidangan Perwakilan Nasional pada esok yang didahului dengan ucapan alu-aluan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sebelum perasmian oleh Muhyiddin.

Antara agenda persidangan ialah cadangan pindaan perlembagaan parti melibatkan Artikel 5 dan Artikel 6 yang berkaitan emblem dan bendera parti; serta Artikel 9.1 untuk membuka keahlian kepada individu berusia 16 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, Gerakan juga akan melancarkan GERAKAN Satu Hati.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi