Berita Gerakan

PM perlu tangani kenaikan harga barang – Gerakan

Jul 11, 2023

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan jangkaan kenaikan harga barang sebanyak 20 peratus Ogos ini.

Naib Presidennya, Datuk G Parameswaran berkata, Perdana Menteri perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera kerana kenaikan harga akan menambah beban besar kepada rakyat.

“Kalau dah semua harga barang naik, terutama makanan, apa lagi pilihan yang kita ada selain terpaksa membeli dan ikat perut.

“Sampai bila rakyat nak menderita, sedangkan saya lihat menteri kini sibuk mengejar populariti dan cari salah pembangkang selain tiada idea dilihat untuk membangunkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Parameswaran menambah kenaikan harga barang dijangka berlaku menjelang Ogos atau September akan menyebabkan kuasa beli rakyat akan menurun.

“Tidak sampai dua bulan selepas harga ayam dan telur naik, kini media melaporkan bahawa kesemua harga barang akan meningkat. Bagaimana rakyat (mahu) hidup selepas ini.

“Kerajaan perlu memandang serius mengenai masalah ini. Kalau tidak, ia akan menyebabkan rakyat akan sengsara terutamanya golongan B40 dan M40,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat sedar bahawa kerajaan hari ini tidak pernah fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Pada masa sama, rakyat perlu membuat keputusan dengan menyelesaikan perkara ini dengan menolak kerajaan campuran iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri nanti,” katanya.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi