Berita Gerakan

PN bersedia walaupun tak setuju PRU15 musim tengkujuh, kata Muhyiddin

Okt 6, 2022

Pengerusi PN itu berkata, jawatankuasa manifesto gabungan itu sudah mula merangka tawaran kepada rakyat Malaysia mencakupi semua bidang penting dengan mengambil kira situasi selepas pandemik, menangani masalah ekonomi yang sedang merosot serta bantuan kepada rakyat miskin.

“Ini penting dan kita akan umumkan manifesto pada tempoh pilihan raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Penyerahan Watikah Ketua Badan Perhubungan Kawasan Selangor di Shah Alam, Selangor malam tadi.

Ketika ditanya mengenai pemilihan calon dan pengagihan kerusi bagi PRU15, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan akan diputuskan dalam mesyuarat PN.

Katanya, pemimpin parti komponen PN sentiasa terbuka untuk berbincang bagi memilih calon yang dirasakan sesuai menjadi wakil rakyat.

“Tiada rahsia antara kami dalam PN. Jika saya buat sesuatu, saya akan kembali melaporkan secara terperinci apa yang sedang berlaku kepada pemimpin parti lain.

“Ini menunjukkan keikhlasan PN,” katanya.

Khabar angin tentang kemungkinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen minggu ini dilaporkan pelbagai media.

Sementara itu, Presiden Gerakan Dominic Lau ketika berucap pada majlis sama, menegaskan parti itu tidak akan membantah pemilihan calon yang dipersetujui parti komponen PN dan akan memberi sokongan penuh.

“Kita tidak kisah calon dari parti mana, asalkan dari PN, kita akan sokong,” katanya.

Menyentuh mengenai jangkaan berdepan PRU15, Muhyiddin yakin PN akan peroleh kelebihan sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

Katanya, faktor yang akan memberi kelebihan kepada PN ialah undi daripada golongan muda, penyertaan pengundi yang didaftarkan secara automatik dan penambahan pengundi Melayu.

“Jika semua faktor ini diambil kira ditambah dengan gerakan jentera PN yang bersungguh-sungguh dan situasi Umno dan Barisan Nasional (BN) yang semakin merosot, maka harapan untuk raih undi lebih besar adalah amat baik,” kata beliau sambil menambah semua parti komponen setuju menggunakan logo PN pada PRU15.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perkara yang paling dibimbangi PN pada masa ini ialah penglibatan pengundi atas pagar yang dikhuatiri tidak akan turun mengundi disebabkan keadaan semasa seperti banjir.

Katanya, situasi ini akan memberi kelebihan kepada Umno yang memiliki jumlah penyokong tegar yang lebih tinggi.

“Penyokong tegar sudah tentu akan turun tidak kira situasi,” katanya.

“Justeru kita perlu tumpu kepada mobilasi untuk memudahkan pengundi ini (atas pagar) turun.”

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi