Berita Gerakan

PN Pulau Pinang mulai gerak kerja hadapi PRU15

Jul 26, 2022

GEORGETOWN: Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang membuat persediaan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Pulau Pinang, Senator Dato’ Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, persediaan tersebut termasuk pembahagian 13 kawasan Parlimen antara tiga komponen PN.

Katanya, semua parti komponen menyerahkan senarai nama ketua badan perhubungan kawasan Parlimen masing-masing untuk membolehkan gerak kerja di kawasan berkenaan dapat dimulakan dalam masa terdekat.

Oleh itu, kata beliau, ketua badan perhubungan kawasan Parlimen dinasihatkan turun ke padang bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Mereka hendaklah lebih proaktif selepas pelantikan dimuktamadkan. Mereka harus memahami isu yang dihadapi rakyat setempat, memberi bantuan serta membela kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya pada kenyataan semalam.

Sebelum itu, pimpinan utama PN Pulau Pinang hadir pada mesyuarat Perhubungan PN Negeri. Hadir sama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dan wakil Bersatu.

Dr Dominic juga berkata, PN Pulau Pinang membincangkan hal ehwal dan gerak kerja ke arah kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU ke-15.

Menurutnya juga, ketua badan perhubungan kawasan Parlimen yang dilantik tidak semestinya dipilih sebagai calon pada PRU akan datang.

Bagaimanapun katanya semua kompenan PN mesti bersatu padu dan berjuang dalam satu pasukan bagi mendapat keputusan yang baik dalam PRU15. – HARAKAHDAILY 26/7/2022

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi