Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

PN sampaikan bantuan secara berterusan di semua kawasan PKPD

Jun 9, 2021

BAYAN LEPAS – Kerajaan Perikan Nasional (PN) akan menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terbabit semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan secara berterusan.

Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya berkata, setakat ini dianggarkan lebih 60 kawasan di seluruh negara terbabit PKPD dan PN akan mengambil peranan dengan memastiksn tiada kawasan yang terkecuali.

Jelas beliau, pemberian itu dilaksanakan sepenuhnya oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)  di kawasan masing-masing.

“Kita memahami kesulitan penduduk yang terkesan dengan PKPD justeru, kita ambil tanggungjawab bagi membantu mereka.

“Mungkin ini bukan bantuan kali pertama, tetapi kita akan usahakan bagi membantu sehingga PKPD tamat.

“Selain itu, penduduk terlibat yang terputus bekalan makanan boleh menghubungi PKOB untuk penyerahan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan 300 bakul makanan berisi barang keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk terbabit PKPD di 13 lokaliti Pekan Bayan Lepas, Mukim 12 Daerah Barat Daya di sini.

Turut hadir, Pengerusi Parti Gerakan negeri, Oh Tong Keong dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof.

Menurut Shabudin, bakul makanan berisi barangan keperluan dapur itu dianggarkan bernilai RM100 bagi setiap kotak.

“Kita harap dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan mereka yang terlibat dalam PKPD,” kata beliau.

PKPD Mukim 12, Bayan Lepas itu membabitkan 13 lokaliti iaitu Sri Bayu, Bayu Tiara, Bayu Nyaman, Halaman Murni, Bayan Permai dan  Bayan Tiara.

Turut terbabit ialah Taman Ara Indah, Kampung Bukit, Kampung Perlis, Kampung Masjid, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit. – MalaysiaGazette