Berita Gerakan

Politik berunsur perkauman harus dihentikan – Dominic

Sep 30, 2020

KUALA LUMPUR – Cara berpolitik yang membawa unsur perkauman harus dihentikan kerana ia boleh menghalang pembangunan dan kemajuan negara.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau bersetuju dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa agar politik perkauman dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini ditamatkan.

“Beliau (Muhyiddin) percaya bahawa masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ialah ‘politik perkauman’.

“Kenyataan dan tindakan perkauman yang dibuat oleh sesetengah ahli politik dari semasa ke semasa sering memperlebar jurang antara kumpulan etnik dan menimbulkan salah faham di antara kumpulan etnik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dominic berkata, tanpa mengira bangsa, perlakuan adil terhadap seluruh rakyat adalah falsafah asas Gerakan.

Katanya lagi, beliau berharap agar Perdana Menteri berlaku adil kepada semua etnik bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat berkongsi hasil kemakmuran dan kejayaan.

Dominic memberitahu, kesamarataan sosial adalah salah satu isu utama bagi mencapai keadilan sosial serta politik perkauman akan melucutkan peluang dan hak kumpulan etnik yang berlainan untuk berpartisipasi dalam masyarakat dan ekonomi.

Malah, wacana yang semakin serius pada hari ini mengenai politik perkauman juga telah memburukkan lagi ketaksamaan yang wujud dalam masyarakat Malaysia dan merobek hubungan antara masyarakat dari semua etnik, ujarnya.

 

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi