Berita Gerakan

PRN Pulau Pinang cabaran sebenar Gerakan teruskan gelombang PN

Jun 29, 2023

LIMA SOALAN

MUKADIMAH

BERADA dalam gabungan parti politik Perikatan Nasional (PN) yang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjaya mencipta gelombang sokongan rakyat, survival politik Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mungkin dilihat lebih baik dan mempunyai peluang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Cabaran sebenar parti itu sudah semestinya pada PRN Pulau Pinang khususnya dalam menarik semula sokongan pengundi Cina dan merobohkan kekuatan DAP.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, OH TONG KEONG (gambar) berkongsi pandangan berhubung peluang parti itu pada PRN akan datang serta isu-isu yang dilihat bakal memberi kelebihan politik kepada parti tersebut.

Sejauh mana keyakinan Gerakan menghadapi PRN Pulau Pinang?
Gerakan mengalami kekalahan dalam tiga PRN berturut-turut, jadi kami sememangnya bersungguh-sungguh untuk memasuki semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Selama 15 tahun ini, kami tidak berputus asa, juga tidak pernah berhenti berkhidmat kepada rakyat. Kami yakin rakyat akan kembali menyokong Gerakan.

Bagaimana sambutan pe­ngundi khususnya masyarakat Cina terhadap Gerakan?
Pada tiga PRN yang lepas, Ge­rakan masih dalam BN (Barisan Nasional), tetapi kali ini di dalam PN, jadi kea­daan banyak berubah. Lebih-lebih lagi pengundi masyarakat Cina tidak dapat menerima BN dahulu kerana UMNO, sekarang DAP pula bergabung dengan UMNO. Perkara ini sudah menjadi suatu soalan pen­ting kepada pengundi masyarakat Cina berfikir dua kali sama ada untuk menyokong DAP dan PH. Sungguhpun bukan senang, tetapi Gerakan tetap akan berusaha menarik balik sokongan penduduk Pulau Pinang.

Gerakan berdepan kebimbangan masyarakat Cina dalam kerjasama bersama Pas?
DAP pernah bergabung de­ngan Pas dan disokong masyarakat Cina. Jadi perkara ini bukan suatu isu besar, apa yang penting ialah penjelasan mesti disampaikan kepada masyarakat Cina bahawa Gerakan akan memainkan peranan untuk memastikan segala dasar kerajaan PN tidak akan menjejaskan masyarakat bukan Islam. Ini akan lebih berkesan jika Gerakan mendapat mandat mewakili rakyat dalam DUN dan Parlimen.

Kerjasama dengan Bersatu dan Pas memberi talian ha­yat baharu kepada Gerakan?
Gerakan pernah menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari 1969 sehingga 2008 selama 39 tahun. Tetapi tetap mengalami kekalahan sehingga kosong kerusi dalam DUN tiga penggal PRN berturut-turut. Kami telah mengkaji kelemahan, selepas itu Gerakan mengambil keputusan keluar daripada BN dan berusaha sendiri atas tiket Gerakan, tetapi tetap gagal. Maka Gerakan memohon untuk menyertai PN. Ini merupakan peluang kedua untuk bangkit semula. Saya berharap pengundi akan memberi sokongan kepada Gerakan, kerana Gerakan parti yang memperjuang kepentingan dan keadilan rakyat tanpa me­ngira kaum.

Apa perubahan utama yang mahu dibawakan kepada penduduk jika diberi mandat?
Kami akan memberi tum­puan kepada pembangunan di Seberang Perai supaya kedua-dua bahagian iaitu pulau dan Seberang Perai dapat diba­ngunkan seimbang. Tumpuan akan diberi atasi masalah kesesakan jalan raya, banjir dan bekalan air. Selain itu, isu-isu perumahan juga akan difokuskan untuk pembinaan rumah kos rendah. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi