Berita Gerakan

PRN Sabah jadi norma baharu landskap politik negara – Dominic Lau

Sep 19, 2020

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai landskap politik norma baharu susulan tercipta sejarah tersendiri dengan melibatkan pertandingan pelbagai penjuru bagi kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau berkata seramai 447 calon termasuk 56 calon Bebas bertanding dengan nisbah satu kerusi 6.6 peratus calon.

“Itu suatu norma baharu dalam landskap politik Malaysia dan ini sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan, di sini, hari ini.

Pada PRU14, seramai 252 calon bersaing untuk 60 kerusi DUN Sabah dengan jumlah persaingan hanya melibatkan tiga hingga enam penjuru sahaja.

Bagaimanapun, PRN Sabah kali ini menyaksikan 391 calon daripada 16 parti dan 56 calon Bebas bertanding merebut 73 kerusi DUN termasuk 13 kerusi baharu yang diwartakan tahun lalu.

Ditanya mengenai perkembangan hasrat Gerakan menyertai gabungan dalam Perikatan Nasional (PN), Lau menjawab ringkas: “Tunggu untuk pengumuman.”

Media sebelum ini melaporkan bahawa Gerakan telah menyatakan hasrat tersebut kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah dipersetujui semua ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mei lalu.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi