Berita Gerakan

Projek LRT Bayan Lepas: Gerakan bimbang hanya ‘gula-gula’ PRN

Mei 9, 2023

GEORGETOWN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bimbang sekiranya rakyat ‘digula-gulakan’ berkaitan pelaksanaan segera projek Transit Aliran Ringat (LRT) Bayan Lepas Pulau Pinang.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Baljit Singh berkata, pilihan raya semakin dekat dan pihaknya bimbang jika ia hanya dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi.

“Saya bimbang projek ini hanya ‘gula-gula’ yang ditaburkan kerajaan campuran dan negeri.

“Lebih menyedihkan sekiranya terjadi projek gajah putih seperti yang berlaku pada projek terowong dasar laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Baljit berkata, lebih baik kerajaan DAP menyelesaikan beberapa isu penting yang kini sedang berlaku di Pulau Pinang seperti percerobohan, pengambilan tanah, masalah feri, banjir, keselamatan penduduk daripada warga asing dan penempatan semula yang melibatkan penduduk setempat.

Beliau juga turut mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh mengatakan bahawa projek tersebut akan bermula pada pertengahan tahun hadapan sedangkan banyak isu utama belum diselesaikan.

“Saya rasa sebaik sahaja projek ini beroperasi, pelbagai isu lagi akan timbul kerana ini melibatkan banyak pihak termasuk tanah penduduk, struktur bangunaan dan paling penting masjid-masjid dan rumah ibadat.

“Saya berharap perancangan dan penelitian harus dibuat sebelum melaksanakan projek ini bukan sekadar janji manis sahaja. Malah ia tidak banyak membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang,” katanya lagi.

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi