Berita Gerakan

Projek Tambak Laut Belum Dapat Kelulusan Kementerian Alam Sekitar Dan Air – Oh Tong Keong

Jun 10, 2021

KUALA LUMPUR 10 Jun – Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong hari ini mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang baru dihantar semula oleh kerajaan negeri masih belum diluluskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Sehubungan itu tegas beliau, ia tidak bermakna Ketua Menteri berkenaan boleh membuat pembelaan dengan panjang lebar sebelum Kementerian Alam Sekitar dan Air membuat keputusan berdasarkan tahap kerosakan yang bakal terjadi ke atas alam sekitar.

Menurut Tong Keong, sebenarnya kerajaan negeri tidak perlu menambak laut, kerana masih banyak tanah di sebelah seberang (tanah besar) boleh dituntut dan digunakan untuk pembangunan.

“Pada masa ini yang paling penting adalah EMP yang baru dihantar itu dapat diluluskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air.

“Tanpa kelulusan kementerian itu, projek penambakan laut itu turut akan terbatal.

“Kami dapati terdapat kelemahan dalam kenyataan media Ketua Menteri bagi menjawab balas permintaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membatalkan projek penambakan itu,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau mempersoalkan mengapakah kerajaan negeri mesti menjalankan projek penambakan sedangkan masih terdapat banyak tanah di sebelah seberang?

“Bukankah lebih baik untuk menyeimbangkan pembangunan di bahagian pulau dan seberang?

“Mengapakah perlunya peletakan peranti pengumpulan ikan dan penanaman pokok bakau sekiranya projek itu tidak akan merosakkan ekosistem perairan laut?

“Kenyataan itu menyatakan bahawa ruang terbuka awam luas, pantai awam dan esplanade tepi laut akan disediakan di atas pulau buatan itu untuk tujuan rekreasi. Padahal, Pulau Pinang sudah dilengkapi pantai peranginan. Kerajaan negeri harus mempromosi kawasan alam semula jadi ini melalui pakej ekopelancongan dan bukannya menyediakan kemudahan ini melalui projek penambakan. Mengapakah kerajaan negeri membuat perancangan sedemikian?” katanya. 13

Beliau berkata, Gerakan tidak membantah sebarang projek pembangunan, tetapi projek penambakan ini bakal mendatangkan impak yang besar ke atas alam sekitar.

“Ini adalah sebabnya banyak pihak membantah pelaksanaan projek ini . Mengapakah pihak kerajaan negeri terus berdegil untuk melaksanakan projek ini sungguhpun banyak pihak telah buat bantahan besar?” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi