Berita Gerakan

PRU15: Lawan DAP atau MCA, Gerakan serah kepada pucuk pimpinan

Okt 21, 2022

KOTA BHARU: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi menentukan sama mereka akan bertanding di kawasan DAP atau MCA pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) 9 November ini.

Setiausaha Agungnya, Mak Kah Keong berkata, pada masa yang sama Gerakan akan turut mengambil kira pandangan di semua peringkat termasuk akar umbi dan jentera parti sebelum membuat keputusan.

“Setakat ini, kami masih belum mengetahui jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada Gerakan. Keputusan itu akan diketahui dalam masa terdekat ini.

“Bagaimanapun, Gerakan sudah isyarat untuk bertanding dan kami ada calon sesuai yang akan mewakili parti nanti,” katanya yang mewakili Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe  Chai pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Parti Negeri Kelantan di sini hari ini.

Kah Keong memberitahu, Gerakan akan terus berusaha membantu kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 nanti.

Katanya, kemenangan ini penting bagi memastikan PN kembali mentadbir negara selepas PRU15 nanti.

Dalam perkembangan lain, Kah Keong berkata, Gerakan tidak mempunyai masalah untuk menggunakan logo Pas di Kelantan.

“Di Terengganu dengan Kedah, kalau diberi peluang kita tidak ada masalah. Setakat ini, secara rasminya daripada pucuk kepimpinan saya tidak tahu dan Kedah kita pernah bincang perkara tersebut,” katanya. –UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi