Berita Gerakan

Rakyat Kemaman buktikan PN pilihan terbaik tadbir negara

Dis 2, 2023

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, rakyat Kemaman telah membuktikan bahawa PERIKATAN NASIONAL adalah pilihan terbaik! untuk mentadbir negeri mahupun negara.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL mengucap tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 37,220 undi.

Menurutnya, sudah dijangka dan mencapai sasaran PERIKATAN NASIONAL menang majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya.

Dr Ahmad Samsuri selaku calon PAS yang mewakili PERIKATAN NASIONAL memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang diadakan hari ini.

Beliau menang dengan majoriti 37,220 undi apabila memperolehi 64,998 undi menewaskan calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

“Ini adalah satu pencapaian yang terbaik yang ditunjukkan oleh Dr Samsuri,” ujar Dr Dominic menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau juga tidak lupa kepada pemimpin Gerakan yang lain iaitu timbalannya, Oh Tong Keong, Koo Shiaw Lee (naib), Loh Kah Yong (setiausaha agung) dan Heng See Lin (timbalan ketua wanita) kerana turut membantu aktiviti kempen Dr Samsuri.10:59 AM

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi