Berita Gerakan

Rakyat perlu faham Perintah Kawalan Pergerakan

Mac 18, 2020

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kesal dengan tindakan rakyat negara ini kerana tidak memahami konsep Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa selama 14 hari bermula hari ini.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, rakyat sepatutnya perlu bertenang menghadapi situasi itu dan menyambut saranan perintah tersebut dengan baik untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit dalam negara.

“Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan adalah untuk memantau penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Sekiranya rakyat ingkar dan tidak patuh dengan arahan tersebut, mereka akan terdedah dengan risiko sebagai pembawa wabak kepada orang lain. Situasi ini akan menyebabkan pandemik Covid-19 menjadi semakin serius dan tidak surut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan semalam, ramai rakyat membuat pembelian dan pergerakan panik, dan keadaannya sangat membimbangkan.

Dalam pada itu, Gerakan turut menyarankan semua rakyat negara ini bertenang dan tidak bertindak melulu.

“Amalkan beberapa saranan untuk membendung Covid-19, antaranya dengan bertenang dan duduk di dalam rumah, keluar rumah hanya untuk urusan penting dan membeli makanan serta barangan keperluan sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perintah kawalan pergerakan bermula hari ini, Kuala Lumpur tenang

Beliau berkata, kementerian lain juga perlu berganding bahu membendung masalah ini dengan mewujudkan mekanisme untuk membantu rakyat menghadapi perintah tersebut contohnya amalan pembelian berhemah, kawalan jualan berperingkat dan sebagainya.

Ini kerana katanya, walaupun perintah itu tertakluk kepada pergerakan semata-mata, ia tetap memberi kesan sampingan ke atas aktiviti lain.

”Oleh yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama membendung dan mencegah sehingga negara kita diisytihar bebas wabak Covid-19,” jelasnya.

中路大巴刹惊现4呎深路洞 小贩忧变噬人洞

中路大巴刹惊现4呎深路洞 小贩忧变噬人洞

(巴生3日讯)小小路洞,实际上却暗藏危机!

巴生中路大巴刹一路段出现一个仅有约50仙直径大小的路洞,原本大家不以为意,直到吉隆坡发生“地洞噬人”事件后,业者因此前往探索该“小洞”,结果惊见洞内处于真空状态,有关“空心洞”更是深达4呎。

baca lagi