Berita Gerakan

Ramai Yang Tak Tahu Siapa Koo Shiaw Lee Sebenarnya..

Mac 9, 2022

Saya berkhidmat sebagai ahli politik sudah lebih 20 tahun. Pelbagai bantuan dan pertolongan telah saya lakukan. Semua yang saya buat sebelum ini bukanlah mengharapkan balasan atau nama.

Saya menyeru semua penduduk di Skudai yang mengenali diri ini, memberitahu kepada pengundi-pengundi di Perling. Saya bukan jenis orang cakap kosong atau mahukan pangkat. 

Saya membantu masyarakat bukannya mengejar pangkat atau popular tetapi…siapa yang mengenali saya. Tahu siapa saya..Saya bantu rakyat atas dasar tanggungjawab dan sifat keprihatinan.

Biarpun penat dan menumpuh pelbagai cabaran serta tomahan orang kata macam-macam tapi saya suka bantu masyarakat.Tidak mengira bangsa Melayu, Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan semuanya.

Saya bantu dengan tulus ikhlas.Saya tidaklah popular macam orang lain. Tapi bagi saya dapat bantu orang dan selesaikan masalah orang adalah kepuasan dalam diri saya. Saya tidak akan berhenti disini…Di PRN Johor kali ini saya mewakili Perikatan Nasional di Dun N.46 Perling.

Saya tidak meminta banyak kepada semua pengundi-pengundi di Perling. Bantulah saya supaya dapat meneruskan lagi usaha saya membantu lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana.

Siapa mengenali saya…mesti faham saya..Undilah Calon Perikatan Nasional..Perlingku Undilah Koo. – Koo Shiaw Lee (Calon No.1 Dun Perling)

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi