Berita Gerakan

Rundingan PN tinggal dua peratus

Jun 8, 2023

KUALA LUMPUR – Rundingan pengagihan kerusi antara parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya di enam negeri telah selesai 98 peratus.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata, baki dua peratus kerusi akan diputuskan berdasarkan peluang kemenangan calon parti berkenaan.

“Secara umumnya, setiap negeri ada satu dua kerusi yang belum diputuskan dan keputusan akan dibuat berdasarkan calon yang dikemukakan parti,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurutnya, parti-parti juga belum memuktamadkan calon kerana ada yang mempunyai lebih daripada satu calon untuk dipertimbangkan di satu-satu kawasan

Katanya, sasaran PN adakah memuktamadkan pengagihan untuk parti dan calon sebelum pembubaran dewan-dewan undangan negeri.

“PN akan mengadakan mesyuarat pengagihan kerusi sekali lagi pada 22 Jun,” katanya.

Dominic juga memberitahu bahawa Gerakan akan bertanding di empat negeri tetapi tidak bertarung di Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, rundingan pengagihan kerusi antara BN dan PH di Pulau Pinang telah selesai 95 peratus.

Katanya, hasil rundingan akan dipanjangkan dan dibincangkan di peringkat pusat.

“Sekiranya keputusan akhir tidak dapat dicapai, maka ia akan dikendalikan oleh majlis presiden,” katanya. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi