Berita Gerakan

Saya dukung perjuangan suci rakyat Palestin – Baljit Singh

Okt 22, 2023

Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza, Palestin sehingga menyebabkan ribuan orang awam termasuk kanak-kanak tidak berdosa menjadi korban.

Menurutnya, tindakan Israel bertindak kejam memusnahkan rumah, sekolah, kemudahan serta tempat ibadat termasuk gereja adalah biadab dan amat tidak bertanggungjawab.

“Walaupun saya bukan beragama Islam, atas dasar kemanusiaan, saya memberi sokongan serta dukungan sepenuh jiwa raga terhadap perjuangan suci rakyat Palestin dalam menuntut erti sebuah kebebasan dan nikmat kemerdekaan, setelah sekian lama mereka dizalimi, dianiaya rejim haram ‘apartheid’ Israel.

“Ini adalah perbuatan ‘genocide’ ke atas rakyat Palestin yang wajib ke atas kita untuk menentangnya dengan semangat Malaysia dan atas nilai kemanusiaan sejagat,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu Baljit berkata umat Islam di negara ini perlu memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang mengapa Palestin yang merupakan kiblat pertama mereka harus dipertahankan.

“Jadi saya berharap semua umat Islam di Malaysia memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia, agar mereka memahami ini bukan sekadar peperangan sekali gus boleh mengajak mereka bersolidariti bersama Palestin,” katanya.

Sementara itu Baljit juga menyeru kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk terus menekan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahupun Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar menghentikan kekejaman dan jenayah dilakukan Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin.

Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi sesi 2022-2024, Malaysia perlu lebih lantang dan berperanan dalam isu tersebut.

“Sewaktu zaman Tun Mahathir (Mohamad) jadi Perdana Menteri, beliau merupakan pemimpin yang pernah menulis surat kepada tiga pemimpin Israel sebagai tanda mengutuk tindakan negara haram itu terhadap Palestin,” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi