Berita Gerakan

Segerakan bentang RUU anti lompat parti

Feb 28, 2022

GEORGETOWN: Parti Gerakan menggesa pembentangan rang undang-undang (RUU) anti lompat parti disegerakan bagi memastikan pergolakan politik dalam negara dapat diselesaikan.

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, parti itu sentiasa konsisten dengan pendirian berkaitan RUU anti lompat parti sejak dahulu.

“Pembentangan RUU anti lompat parti akan menstabilkan politik negara kita pada masa depan. Ia juga dapat memastikan keharmonian dan ketenteraman negara kita dengan syarat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin RUU anti lompat parti yang bakal dibawa ke Dewan Rakyat kelak akan diluluskan berdasarkan maklum balas yang diterima menerusi sesi libat urus diadakan.

Wan Junaidi berkata, sesi itu yang diadakan bersama ramai pihak berkepentingan termasuk ahli parlimen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti mendapat 7,000 maklum balas untuk dianalisis.

Menurut Tong Keong, keadaan pandemik Covid-19  akan pulih jika keadaan politik menjadi stabil dan wakil rakyat menjalankan tanggungjawab membantu rakyat dengan ikhlas.

“Calon yang berjaya mendapat mandat daripada rakyat seharusnya memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Bagaimanapun, wakil rakyat yang gemar melompat parti kerana lebih fokus dalam meraih kepentingan peribadi dan melakukan sesuatu yang membelakangi rakyat akan menyebabkan ketidakstabilan politik di negara kita,” katanya.

Tambahnya, parti itu mengalu-alukan cadangan pembentangan RUU anti lompat parti di Parlimen dan mengharapkan kecelaruan politik di negara kita dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. – UTUSAN

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

(吉隆坡12日讯)民政党全国主席拿督刘华才博士认同下议院议长丹斯里佐哈里确实不是邮差,以佐哈里处理前土团党国会议员的方式,充其量只是团结政府的“胶印”。

baca lagi
警局晚上10时后关门 降低警队威信

警局晚上10时后关门 降低警队威信

(新山10日讯) 针对内政部长赛夫丁纳苏申宣布,全国各地警察局在晚上10时关闭大门,民政党全国总秘书罗家荣抨击,上述做法根本是让警队威信下降,且为民众带来负面影响的事情,让人民感到不安。

baca lagi