Berita Gerakan

Segerakan pembentangan RUU Anti Lompat Parti – Gerakan

Apr 8, 2022

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat dilakukan segera.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini penting untuk mengelakkan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat terjebak dengan budaya rasuah.

“Parti Gerakan sokong RUU ini kerana dapat mengelakkan amalan rasuah dalam kalangan wakil rakyat dan ini boleh menjaga kesucian Parlimen.

“RUU ini juga mampu mengawal kelakuan ahli politik dan ini akan memelihara kedaulatan negara,” katanya pada sidang media di Menara PGRM, Cheras, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata,

RUU Anti Lompat Parti yang dijadualkan pada 11 April ini ditangguhkan lagi kerana Kabinet tidak bersetuju ia dibentangkan.

Kata Wan Junaidi, RUU itu akan dikembalikan bagi membolehkan lebih banyak kajian mengenai definisi lompat parti dilakukan.

Menurut Dominic, definisi lompat parti perlu dibincangkan secara komprehensif supaya dapat memberi keadilan kepada semua pihak.

“Misalnya, kalau ahli politik itu dipecat sebab berlainan pendapat dengan partinya, kemudian masuk parti yang lain. Itu tidak adil untuk dikatakan lompat parti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dominic berkata, Akta Anti Lompat Parti bukan undang-undang yang baharu, malah 41 negara telah mengamalkannya.

Tambahnya, masalah kestabilan politik dalam negara menjadi kunci utama akta tersebut wajar dilaksanakan segera.

“Kita minta akta ini digubal secara menyeluruh, sekurang-kurangnya mampu selesaikan kemelut politik negara kita hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi