Berita Gerakan

Siasat tindakan pembangkang mohon Agong tamat darurat – Utusan Digital

Apr 22, 2021

Ini adalah sebab utama mengapa perintah darurat dilaksanakan dan pembangkang tidak sepatutnya menjadikan pengisytiharannya sebagai senjata untuk kepentingan politik mereka

Siasat tindakan pembangkang mohon Agong tamat darurat

Sambil menyelar usaha dilakukan pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, tindakan tersebut jelas hanya bermotifkan kepentingan politik.Dakwanya, pemimpin pembangkang berkenaan seolah-olah tidak mempedulikan isu keselamatam rakyat yang kini masih diancam pandemik Covid-19 yang juga menjadi sebab utama mengapa perintah darurat dikuatkuasakan.

Ujarnya, dalam situasi semasa pandemik itu yang semakin serius, pembangkang sepatutnya bersama-sama kerajaan mencari jalan bagaimana untuk melindungi rakyat, bukannya berterusan berusaha menjatuhkan kerajaan sedia ada.“Kes harian Covid-19 terus meningkat dan ketika ini masih melebihi 2,000 sehari sekali gus memerlukan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi isu kesihatan awam ini.

“Ini adalah sebab utama mengapa perintah darurat dilaksanakan dan pembangkang tidak sepatutnya menjadikan pengisytiharannya sebagai senjata untuk kepentingan politik mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Kelmarin, Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengerusi Jawatankuasa Tamat Darurat, Khalid Samad hadir ke Istana Negara bagi memohon perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong. headtopics.com

Kehadiran mereka bagi memohon perkenaan Seri Paduka Baginda untuk menamatkan darurat seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada kadar segera.Sementara itu, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri menambah, dakwaan pembangkang kononnya perintah darurat bertujuan untuk memanjangkan hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tidak munasabah dan berniat jahat.

Ini kerana jelasnya, Perdana Menteri sudah beberapa kali menegaskan bersedia membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum (PRU) sekiranya kes Covid-19 reda.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi