Berita Gerakan

Spekulasi PM letak jawatan tidak benar

Ogo 13, 2021

NAIB Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee menegaskan beliau tidak mendengar spekulasi mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri untuk menerajui kerajaan.

“Saya tidak dengar spekulasi itu. Malah semua parti komponen PN akan terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu berkata, Parlimen akan bersidang pada 6 September depan dan sebarang perubahan tarikh akan ditentukan oleh ketua majlis.

“Setakat ini Parlimen dijadualkan bersidang pada 6 September depan dan sebarang perubahan tarikh akan ditentukan oleh ketua majlis manakala sidang Parlimen Khas akan ditentukan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dijangka menghantar surat peletakan jawatannya berkuat kuasa semalam.

Kelmarin, media melaporkan Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Khas membabitkan kepemimpinan PN yang berlangsung selama dua jam di Bangunan Perdana Putra.

Antara yang hadir ialah Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Setiausaha Agong PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. – Malaysiapost

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi