Berita Gerakan

Tahniah Madani, ringgit yang jatuh ke paras paling rendah sejak 26 tahun lalu

Feb 22, 2024

GERAKAN mengucapkan syabas dan ‘beribu-ribu tahniah’ kepada Kerajaan Madani kerana ‘trend’ hari -hari nilai Ringgit pecah rekod paling rendah diteruskan sekaligus menjadikannya bukti kukuh kepada kegagalan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan.

Peliknya, semalam Anwar Ibrahim enggan ulas tentang nilai Ringgit yang jatuh ke paras paling rendah sejak 26 tahun lalu iaitu (1 USD = 4.79 MYR) dan siap meminta Gabenor Bank Negara menjawab kepada media.

Syabas kerana hanya Perdana Meteri ke-10 sahaja yang mampu pecah rekod nilai Ringgit terendah berbanding rekod yang dibuat oleh Menteri Kewangan sewaktu krisis mata wang Asia pada 1998.

Pada pandangan saya, jika situasi tersebut berlaku kepada kerajaan-kerajaan sebelum ini, sudah pasti mereka yang kononnya ‘Pakar Formula Ekonomi’ dan ‘Pakar Reformasi’ akan menjadi ‘hero’.

Ketika jadi pembangkang, Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli antara individu yang sering menyerang dan menyalahkan kerajaan dan mengatakan ‘kalau tidak pandai menjaga negara lebih baik ikat Najib Razak daripada ikat mata wang’.

Tetapi apabila sudah menjadi Kerajaan, beberapa bulan lalu kedua-dua pakar daripada Parti Keadilan Rakyat tersebut mula menyebut “kejatuhan nilai Ringgit bukan sebab saya” dan “Ringgit jatuh jangan hanya salahkan kerajaan”.

Meskipun faktor luar menjadi pemacu utama kepada kemerosotan ringgit namun tidak bermakna kerajaan tidak boleh membuat sesuatu bagi mengekang kejatuhan berterusan.

“Kerajaan perlu bertindak dan melaksanakan strategi ampuh dalam menangani kejatuhan ringgit. Langkah ini perlu bukan sahaja melibatkan dolar tetapi mata wang asing yang lain juga termasuk ASEAN”.

GERAKAN ingin mengingatkan Kerajaan Madani akan ceramah Anwar Ibrahim pada September 2022, yang menyelar Kerajaan Perikatan Nasional dengan “Harga import naik, sebab apa? Sebab Ringgit jatuh. Sebab hang tak reti jaga negeri ini. Harga Ringgit jatuh sebab tidak stabil, orang tak yakin, pelabur tak masuk”. Persoalannya sekarang, siapa yang tak pandai jaga nilai Ringgit? Perikatan atau Pakatan?!”.

WENDY SUBRAMANIAM
TIMB. SETIAUSAHA AGUNG
Merangkap
KETUA PENERANGAN GERAKAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi