Berita Gerakan

Tajaan Piala Dunia 2018: Mana baki RM100K lagi?

Ogo 28, 2020

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo perlu menjelaskan keputusannya menawarkan kontrak bernilai RM29.9 juta kepada syarikat swasta untuk membeli hak siaran kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM secara rundingan terus.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Law Hoe Chai berkata, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pernah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan menerima tajaan penuh berjumlah RM30 juta daripada sektor swasta sebagai bayaran untuk membeli hak siaran kejohanan berprestij itu.

“Jika RM29.9 juta untuk memberi hak siaran Piala Dunia ditanggung kerajaan, ke mana perginya tajaan RM30 juta itu?

“(Ataupun) sebaliknya, jika RM29.9 juta itu adalah sebahagian daripada RM30 juta ditaja syarikat, maka terdapat baki RM100,000 lagi untuk Gobind Singh dan Guan Eng mesti jelaskan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu tersebut bangkit rentetan pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan 101 projek yang diluluskan kerajaan terdahulu secara rundingan terus.

Difahamkan, kontrak itu melibatkan syarikat swasta yang dinamakan sebagai Sport Media & Distributor Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik kepada hak penyiaran kejohanan itu di negara ini dengan nilai RM29.9 juta.

Semalam di Dewan Rakyat, media melaporkan berdasarkan hansard bertarikh 1 Ogos 2018, kerajaan sebenarnya menjana keuntungan RM3.3 juta dengan menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di RTM.

Gobind juga dikatakan memberitahu bahawa keuntungan itu adalah hasil iklan dan tajaan untuk siaran tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi