Berita Gerakan

Tangani kesan pandemik Covid-19, bukan tumpu projek tambak laut – Utusan Digital

Apr 13, 2021

Tumpuan utama kerajaan negeri ketika ini sepatutnya adalah bagaimana untuk membantu penduduk yang terjejas terutama mereka yang kehilangan pekerjaan dan peniaga yang terpaksa gulung tikar untuk meneruskan kehidupan.

Tangani kesan pandemik Covid-19, bukan tumpu projek tambak laut

Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, pandemik Covid-19 di Pulau Pinang tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan atau reda, malah, mencatatkan kes positif baharu antara tertinggi di seluruh negara.Situasi itu, katanya, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk khususnya peniaga yang sudah sedia terjejas teruk akibat pandemik itu sejak awal tahun lalu.

Jelasnya, tumpuan utama kerajaan negeri ketika ini sepatutnya adalah bagaimana untuk membantu penduduk yang terjejas terutama mereka yang kehilangan pekerjaan dan peniaga yang terpaksa gulung tikar untuk meneruskan kehidupan.“Apakah meneruskan projek tambak laut itu lebih penting daripada usaha untuk membela rakyat yang terus terhimpit akibat kesan pandemik Covid-19 sehingga kini?

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepatutnya lebih sensitif dan peka dalam pentadbiran mereka iaitu dengan mengutamakan kebajikan penduduk, bukannya bersungguh-sungguh dengan projek mega seperti tambak laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Ahad lalu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengetuai kumpulan media dan wakil beberapa agensi berkaitan meninjau tapak projek tambak laut di perairan selatan (PSR) di Permatang Damar Laut di sini. headtopics.com

Projek itu kini sedang menunggu kelulusan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebaik sahaja diterima kerja-kerja penambakan akan dimulakan hujung bulan depan atau awal Jun ini.Dalam pada itu, Tong Keong yang juga Timbalan Presiden Gerakan Pusat berkata, beliau hairan bagaimana kerajaan negeri bersungguh-sungguh menggambarkan projek tambakan tersebut boleh dimulakan sedangkan masih berdepan rayuan daripada persatuan nelayan terhadap Lembaga Rayuan JAS.

Katanya, tindakan membelakangkan proses rayuan yang dibuat nelayan itu seolah-olah menggambarkan kerajaan negeri tidak mengambil peduli suara dan keluhan golongan berkenaan yang bimbang dengan masa depan sumber rezeki mereka.“Apa jaminan yang boleh diberikan kerajaan negeri yang mana golongan nelayan masih boleh keluar mencari rezeki di laut dan membawa pulang hasil lumayan seperti sebelum ini sekiranya projek tambakan laut bersaiz mega diteruskan di kawasan itu?” katanya.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi