Berita Gerakan

Taskforce PEMULIH Terima 800 pertanyaan seminggu

Jul 11, 2021

Pada 2 July 2021, Pemuda GERAKAN melancarkan Taskforce Gerak PEMULIH untuk membantu rakyat sekiranya menghadapi masalah teknikal ketika membuat permohonan, susulan daripada pengumuman terkini mengenai pakej PEMULIH oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin. Projek ini dilaksanakan selepas mengambil kira ramai yang tampil ke pusat perkhidmatan kami ketika menghadapi masalah semasa membuat permohonan. Justeru, kami mewujudkan Taskforce ini supaya dapat membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Setakat ini, kami menerima banyak respon daripada seluruh negara, iaitu sekitar 800 pertanyaan dalam bentuk mesej WhatsApp ataupun dihubungi melalui telefon, sejak seminggu yang lalu. Ini membuktikan pembentukan Taskforce ini bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat adalah tepat pada masa. Taskforce ini dibentuk atas usaha Pemuda GERAKAN sendiri, dimana ahli-ahli kami menawarkan diri secara sukarela untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Sebuah parti politik disamping berjuang mengikut ideologi sendiri, adalah memastikan rakyat mendapat bantuan yang sewajarnya terutamanya seperti dalam keadaan semasa. Pakej PEMULIH merupakan dasar fiskal yang merangkumi aspek yang lebih luas, seterusnya memanfaatkan segenap lapisan masyarakat. Kami di GERAKAN berharap untuk menyampaikan bantuan yang disediakan kepada golongan tersasar.

Semoga kita diberkati Tuhan dan diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran kali ini bersama-sama. Kepada sesiapa yang memerlukan bantuan, anda digalakkan untuk menghubungi kami melalui Hotline
(014-3901802 / 013-6849117).

Kita Mesti Menang.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA