Berita Gerakan

Tindakan pembangkang persoal darurat tidak matang – Gerakan

Jan 19, 2021

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau hari ini menempelak tindakan pembangkang yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan apabila terus mempersoalkan pengisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sambil menyifatkan apa yang dilakukan oleh pembangkan sebagai kurang matang dan sengaja mempolitik darurat kesihatan tersebut beliau berharap mereka tidak keterlaluan mengambil mudah peruntukan Perlembagaan termasuklah kedudukan Seri Paduka.

‘’Kerajaan telah pun menjelaskan Parlimen ditangguhkan agar semua ahli Parlimen diberi ruang untuk fokus kepada urusan kebajikan kawasan masing-masing. Usaha kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat tatkala negara dilanda pandemik dan ketidaktentuan ekonomi sepatutnya disokong oleh semua pihak,’’ katany dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, fokus utama sekarang adalah untuk memberi ruang kepada kerajaan dan jenteranya dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

‘’Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun jelas menyatakan bahawa sidang Parlimen hanya ditunda sehingga habis tempoh darurat supaya Ahli parlimen tidak perlu merentas negeri dan daerah. Mereka hanya perlu fokus kepada kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

‘’Namun begitu, perkara-perkara lain seperti mesyuarat Jawatankuasa Khas Parlimen yang juga dianggotai oleh pihak pembangkang masih lagi berfungsi seperti biasa. Bermaksud, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Perkara 14 (1 & 2) mematahkan sebarang usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengganggu proses Demokrasi Berparlimen dengan sebarang cubaan sabotaj,’’ katanya,

Dominic menegaskan, melalui Ordinan Darurat itu, sebuah jawatankuasa khas bebas akan ditubuhkan yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang, pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.

‘’Mereka bertanggungjawab dalam mengesyorkan sebarang usulan berkenaan tempoh darurat kepada Seri Paduka. Inilah contoh nyata keberkesanan demokrasi. Pihak kerajaan dan pembangkang diberi tanggungjawab yang saksama dalam menilai pelaksanaan proklamasi darurat,’’ katanya.

Di samping itu, tegas Dominic, Yang Di-Pertuan Agong membuat keputusan pengisytiharan darurat setelah mendengar penjelasan pihak eksekutif dan penjawat awam terutamanya daripada Ketua Pengarah Kesihatan.

‘’Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 jelas menyatakan bahawa Seri Paduka berpendapat bahawa ancaman pandemik Covid-19 memberi kesan kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan ekonomi negara. Maka, adalah khianat dan derhaka untuk mempersoalkan kebijaksaan serta wewenang baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam perkara ini,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau meminta pembangkang memahami perlu kebajikan rakyat adalah urusan paling penting sekarang dan bukannya isu keabsahan kerajaan ataupun Perdana Menteri.

‘’Jadi kurangkan masa untuk berpolitik, sebaliknya fokus kepada isu-isu yang berlandaskan kebajikan rakyat. Ingatlah bahawa rakyat sedang menilai setiap tingkah laku anda,’’ katanya.

Sementara itu mengenai Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam, Dominic yakin pakej tambahan bernilai itu mampu merangsangkan ekonomi yang terjejas dan melindungi kesejahteraan rakyat.

‘’Bantuan PERMAI yang meliputi 22 inisiatif ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat dan komited dalam membantu pengusaha perniagaan terutamanya kecil dan sederhana.

”Saya berpendapat pakej bantuan PERMAI ini tepat pada masanya dan memberi fokus kepada pemerkasaan sektor kesihatan, menjaga kebajikan rakyat dan juga kelangsungan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, keputusan kerajaan melanjutkan moratorium di bawah pakej bantuan PERMAI sangat tepat kerana ia mampu mengurangkan beban kewangan rakyat di samping membantu kumpulan yang terlibat dalam menstabilkan aliran kewangan mereka.

‘’Di samping itu, kerajaan juga akan menambahbaik Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) yang mana semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor, keputusan ini juga dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran di negara ini,’’ katanya.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi