Berita Gerakan

TNB dicadang tawar skim jimat untuk pengguna

Jun 18, 2020

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran supaya menawarkan skim jimat kepada pengguna bagi mengurangkan kadar peningkatan tarif bil eletrik.

Bagi tujuan itu kerajaan perlu memantau dan mengehadkan penggunaan elektrik dengan mengesyorkan TNB untuk menawarkan skim tersebut, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

“Biarpun kerajaan telah memperuntukkan 50 peratus subsidi rangsangan ekonomi terhadap tarif TNB, namun, masih ada lagi ramai yang tampil merungut atas caj yang dikenakan.

“Oleh yang demikian, Gerakan mengesyorkan agar TNB menjelaskan perkiraan mudah untuk rakyat.

“Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu perkhidmatan TNB, malah rakyat dapat memilih untuk berjimat dalam penggunaan elektrik dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dominic lagi, kaedah itu juga dapat mengelakkan peningkatan tarif bil elektrik secara mendadak dalam kalangan pengguna.

Manakala, pengguna yang tidak berpuas hati dan terpaksa menanggung bayaran bil yang tinggi perlu segera membuat aduan dengan merujuk kepada pihak TNB untuk semakan yang lebih terperinci.

“Gerakan percaya kekeliruan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna dan adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Tenaga dan TNB untuk mengambil tindakan yang wajar dan menjelaskan keadaannya,” ujarnya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi