Berita Gerakan

Usul undi tak percaya, Gerakan cabar PM panggil Dewan Rakyat bersidang segera

Jan 12, 2024

KUALA LUMPUR – Gerakan cadangkan Perdana Menteri memanggil Dewan Rakyat supaya bersidang dengan segera untuk membuktikan usul tidak percaya boleh dibentangkan.

Ketua Pemuda Gerakan Johor, Teo Jin Wei mahu Anwar membuktikan kepada rakyat dan cara demokrasi yang mereka mahukan.

Beliau berkata demikian mengulas cabaran Pengerusi Pakatan Harapan itu yang mencabar pembangkang membawa usul berkenaan semalam ekoran kecoh adanya Langkah Dubai.

 

“Sekiranya Anwar tidak mempunyai nombor seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, Anwar bukan sahaja akan menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia malah mencipta rekod perdana menteri bersara paling awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti mana yang umum diketahui, Perikatan Nasional (PN) mempunyai kebolehan dan kecekapan dalam memerintah kerajaan dan terbukti dalam pengurusan Covid -19 menurut dan kebangkitan semula ekonomi negara selepas pandemik.

“Ingat tak semua, pada awal tahun 2020, ketika wabak Covid-19 sedang merebak pantas, kerajaan Pakatan Harapan meletak jawatan pada waktu yang sangat kritikal menyebabkan seluruh jentera negara tidak stabil?

“Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak pantas, memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri dan seterusnya melancarkan jentera memerangi pandemik, mengutamakan rakyat melalui agenda prihatin dan mengekalkan kestabilan sektor ekonomi” katanya. – MalaysiaGazette

 

00:00 00:00

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi