Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Utamakan guru, pengamal media sebagai penerima vaksin – Gerakan

Mac 30, 2021

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Pulau Pinang menggesa kerajaan agar memasukkan golongan pendidikan dan pengamal media dalam senarai penerima suntikan vaksin fasa pertama di negeri itu.

Ini kerana guru dan pengamal media merupakan golongan yang berisiko tinggi memandangkan mereka berhubung rapat dengan pelajar dan orang awam, kata pengerusinya, Oh Tong Keong.

Menurutnya, walaupun kes positif harian telah menurun ke angka tiga digit semalam tetapi kes positif di Negeri Pulau Pinang tetap kekal pada tiga digit.

Malah kes Covid-19 telah menular di kawasan sekolah.

”Oleh itu, pihak berkuasa yang terbabit harus membuat pertimbangan supaya menyenaraikan golongan guru dan media ke dalam senarai penerima suntikan vaksin fasa pertama,” katanya hari ini.

Menurut Tong Keong, demi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya meneruskan usaha dalam mengekang penularan wabak Covid-19, Gerakan telah menganjurkan Program Demi Rakyat, Lawan Covid-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan bulan Mac tahun lepas.

”Kami berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai agar menjaga kebersihan diri sendiri kerana situasi wabak Covid-19 di negeri Pulau Pinang masih tidak stabil dan serius,” katanya yang merujuk Mukim 12 terdapat 308 kes aktif.

Pada masa yang sama, Gerakan berharap agar pihak penguatkuasa bertindak dengan lebih fleksibel ketika menjalankan tugas mereka ketika rakyat hidup susah susulan daripada penularan Covid-19 yang memberi impak terhadap pekerjaan dan kehidupan.

Parti itu meminta pihak berkuasa memberikan lesen penjaja sementara kepada mereka yang terpaksa mencari nafkah dengan menjual barangan dan makanan setelah mereka kehilangan pekerjaan dalam tempoh yang mencabar ini.

“Kami juga ingin mencadangkan kerajaan negeri Pulau Pinang agar merangka Pelan Pembangunan Batu Maung dan membina kompleks serbaguna yang merangkumi pelbagai kemudahan asas termasuk pasar di Batu Maung, supaya mewujudkan persekitaran hidup yang lebih berkualiti kepada penduduk tempatan,” ujarnya.

Populasi di Batu Maung kian meningkat akibat pembangunan projek perumahan yang pesat di sana kebelakangan ini, tetapi kekurangan infrastruktur tempatan, contohnya keadaan jalan raya yang kurang memuaskan dan tenaga polis yang mungkin tidak menampung keperluan penduduk di tempatan.

Lantaran itu, Gerakan berharap agar kerajaan negeri khususnya wakil rakyat di kawasan itu dapat memperjuangkan kebajikan rakyat tempatan dengan menambahbaik kemudahan asas di sana.

Tambahan lagi, Pasar Batu Maung yang dibina pada tahun 80-an sudah tiba masanya untuk dibina semula dengan dilengkapi dengan kemudahan yang mengikuti perkembangan terkini. – MalaysiaGazette

华人还会相信吗?

华人还会相信吗?

祖国斗士党署理主席拿督斯里慕克里兹表示不排除,马哈迪和公正党主席安华可能在下届大选合作.

baca lagi