Berita Gerakan

Utamakan vaksin Covid-19 kepada institusi kehakiman, perundangan

Jul 3, 2021

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa kerajaan supaya memberikan keutamaan pemberian vaksin Covid-19 kepada institusi kehakiman dan pentadbiran undang-undang negara.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, keutamaan itu juga perlu diberikan kepada hakim sesyen, majistret, jurubahasa dan pentadbiran undang-undang lantikan persekutuan.

“Saya secara rendah diri menggesa supaya beri keutamaan pemberian vaksin kepada pegawai undang-undang yang berkhidmat di setiap negeri.

“Difahamkan kebanyakan kakitangan kerajaan lantikan negeri dan tempatan telahpun menerima suntikan vaksin walaupun perkhidmatan mereka bukan ‘essential’,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun pegawai undang-undang dan jurubahasa mahkamah bukan dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan, namun mereka tetap bertugas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam program vaksinasi fasa dua ini, mereka sekali lagi tercicir walaupun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada awal Jun lalu menyatakan akan memberi keutamaan kepada mereka,” katanya.

Tambah Kah Keong, Jabatan Kesihatan Negeri baru-baru ini memaklumkan pegawai-pegawai berkenaan hanya akan diberi vaksin pada waktu fasa tiga iaitu fasa populasi umum.

Jelasnya, tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka bagi pekerja sektor perkilangan bermula 10 Julai di negeri Melaka.

“Adakah bermaksud pekerja kilang-kilang ini telah diberikan keutamaan daripada pegawai dan kakitangan undang-undang dan kehakiman?

“Setelah lebih satu tahun pandemik, perkhidmatan kehakiman dan perundangan tetap beroperasi dan pujian harus diberikan kepada mereka kerana mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya percaya sesiapa yang terlibat dalam sistem pengadilan jenayah tidak seharusnya dikelaskan dalam bidang tidak ‘essential’ dan terus tercicir dalam pemberian vaksin,” jelasnya.

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

(吉隆坡12日讯)民政党全国主席拿督刘华才博士认同下议院议长丹斯里佐哈里确实不是邮差,以佐哈里处理前土团党国会议员的方式,充其量只是团结政府的“胶印”。

baca lagi
警局晚上10时后关门 降低警队威信

警局晚上10时后关门 降低警队威信

(新山10日讯) 针对内政部长赛夫丁纳苏申宣布,全国各地警察局在晚上10时关闭大门,民政党全国总秘书罗家荣抨击,上述做法根本是让警队威信下降,且为民众带来负面影响的事情,让人民感到不安。

baca lagi