Siaran Akhbar

Tindakan cetek segelintir yang memusuhkan perpaduan kalangan rakyat

Feb 15, 2025

1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, masyarakatnya hidup bersatu padu mementingkan keteguhan pemahaman dan menghormati perbezaan.

2. Agak merisaukan bila mana jenis yang terleka dengan pemahaman mundur dan tekankan agenda ekstremisme mula mempamerkan agenda sebegitu secara terbuka.

3. Saya telah mengikuti perkembangan seorang peniaga jagung yang secara terbuka mempamerkan sifat rasisme-nya di kawasan Sepang.

4. Perkara sebegitu sepatutyna tidak patut berlaku, malangnya, masih berlaku, dan kita tidak boleh sesekali memandang remeh provokasi-provokasi yang boleh menyinggung semangat kemasyarakatan kita.

5. Hari ini mereka buat, esok yang lain pula buat sebegitu, balas itu balas ini, akhirnya siapa rugi, negara yang dibina atas semangat perpaduan ini lah yang akan rugi.

6. Saya juga telah membaca kenyataan YB Menteri Perpaduan Negara berhubung perkara tersebut dan bersetuju dengan pendapat beliau. Namun, saya memohon Kementerian sebagai pihak berkuasa yang diperuntukkan tanggungjawab untuk memelihara semangat perpaduan, untuk bertindak dengan lebih nyata dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan.

7. Kementerian perlu membuat laporan polis terhadap perkara tersebut, memastikan tindakan ke atas peniaga tersebut diambil. Kementerian juga perlu melaporkan insiden berkenaan kepada Majlis Perbandaran Sepang.

8. GERAKAN juga berpendapat bahawa setiap isu yang membabitkan perkauman, pertama kita laporkan kepada pihak berkuasa, bukan kita laporkan kepada pihak sosial media. Kerana, content yang dimuatkan dalam laman sosial media berkemungkinan mencetuskan ketegangan dan memudaratkan rantaian perpaduan yang telah kita bina.

9. Seiring dengan ideologi GERAKAN yang mengutamakan keharmonian dan persamaan sebagai asas kepada Negara Bangsa; saya menyeru kerajaan terutamanya Kementerian Perpaduan Negara sebagai agensi utama yang memelihara perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, untuk meneliti sebuah akta yang lebih efektif, nyata dan mampu menoktahkan sifat perkauman terbuka yang kian merisaukan.

10. GERAKAN pernah berkali-kali mengutarakan pandangan, cadangan dan juga dalam perbahasan di parlimen sebelum ini, akan perlunya sebuah undang-undang khas, dalam membendung rasisme tidak langsung.

11. Saya mohon kepada semua rakyat, Malaysia merupakan rumah kepada setiap warganegara Malaysia, inilah tanah tumpah darah kita. Mari kita junjung perpaduan dan keharmonian, dan ketepikan perbezaan.

CHAI KO THING
KETUA BIRO HAK ASASI MANUSIA GERAKAN
16 Feb 2025

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi
不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi