Siaran Akhbar

Apa hala tuju sebenar Pakatan Harapan dan Umno

Feb 17, 2025

Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah baru-baru ini sepatutnya menjadi pentas untuk menunjukkan kekuatan dan kesepaduan gabungan PH-UMNO, tetapi sebaliknya ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.

Satu perkara yang amat ketara ialah ketidakhadiran MCA, yang selama ini menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional. Jika benar konvensyen ini bertujuan memperkukuhkan gabungan, ke mana perginya MCA ? Adakah mereka tidak dijemput, atau mereka sendiri enggan hadir kerana sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO?

Persoalan yang lebih besar—adakah Pakatan Harapan akan menghadapi pilihan raya bersama UMNO tanpa MCA? Atau adakah UMNO sudah bersedia untuk meninggalkan Barisan Nasional sepenuhnya dan bertanding sebagai sekutu Pakatan Harapan? Jika itu haluannya, apa akan jadi dengan slogan BN yang kononnya memperjuangkan politik berbilang kaum?

PH dan UMNO tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini. Jika benar mereka mahu membentuk gabungan yang kukuh dan ikhlas, mereka perlu berterus terang dengan rakyat. Jangan hanya bercakap tentang perpaduan jika hakikatnya mereka sendiri tidak tahu siapa sebenarnya sekutu mereka.

Sementara itu, di Kedah, rakyat masih menunggu tindakan sebenar daripada PH dan UMNO. Isu pembangunan, ekonomi rakyat, dan kebajikan masih terabai. Konvensyen boleh dianjurkan sebanyak mana pun, tetapi jika sekadar wayang politik tanpa manfaat kepada rakyat, akhirnya rakyat sendiri yang akan menilai dan membuat keputusan di peti undi.

GERAKAN bersama Perikatan Nasional, akan terus menjadi suara rakyat yang mahukan politik berprinsip, jelas, dan benar-benar berpaksikan keperluan rakyat, bukan sekadar permainan kuasa yang berubah mengikut kepentingan semasa.

Bagaimana pula dengan kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan di Sabah?

UMNO dan Pakatan Harapan juga perlu menjelaskan hala tuju politik mereka di Sabah. Adakah mereka akan bekerjasama dalam pilihan raya negeri yang akan datang, atau UMNO akan memilih untuk bergerak sendiri? Rakyat Sabah berhak mengetahui sama ada gabungan ini hanya strategi sementara atau satu pakatan jangka panjang.

Ketidakpastian ini hanya menunjukkan bahawa PH dan UMNO masih tidak mempunyai kesepakatan sebenar mengenai hala tuju politik mereka. Jika mereka sendiri keliru tentang hubungan mereka, bagaimana rakyat boleh yakin bahawa mereka mampu mentadbir dengan baik?

YB Wong Chia Zhen
Setiausaha Agung merangkap
Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi
不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi