Siaran Akhbar

Bank Negara perlu tubuh pasukan khas atasi kes kecurian wang

Jun 5, 2022

Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bimbang mengenai laporan kad kredit atau wang simpanan yang kerap dicuri. Oleh itu, beliau mencadangkan Bank Negara Malaysia menubuh pasukan petugas untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap mekanisme keselamatan bank terkini supaya dapat melindungi harta pelanggan dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap bank.

Beliau berkata, rakyat percaya bank adalah tempat yang paling selamat jadi mereka menyimpan wang ke dalam bank. Namun, wang yang pelanggan menyimpan dalam akaun bank dicuri tanpa pengetahuan, notis atau pengesahan.

Kerajaan dan Bank Negara mesti mengambil serius isu ini. Ia bukan kes terpencil, tetapi kes yang kerap terjadi dalam negara kita. Jika menyimpan wang di bank juga tidak boleh menjamin keselamatan, di mana lagi kita boleh menyimpan wang kita?”

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menasihat Bank Negara perlu mengambil tindakan segera supaya orang ramai tidak akan mengurangkan keyakinan terhadap bank dan mempunyai kesan serius kepada sistem perbankan dan ekonomi kita.

“Kini, terdapat banyak jenis penipuan  kes yang berlaku di negeri kita dan ia menakutkan ramai orang dan risau mereka akan menjadi mangsa seterusnya.”

Oleh itu, kami berharap kerajaan dan Bank Negara boleh mengambil tindakan segera dan menetapkan standard yang lebih ketat dan selamat. Ini juga termasuk mengambil tindakan tegas terhadap bank yang berlaku kes dicuri untuk memaksa bank meningkatkan keselamatan sistem mereka.

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan menubuhkan undang-undang yang lebih ketat untuk menghukum berat penjenayah yang terlibat dalam kes penipuan supaya kes penipuan dapat dielakkan.