Siaran Akhbar

Pemberian ‘gula-gula politik’ melanggar prinsip pilihan raya dan menjejaskan sistem demokrasi negara

Okt 2, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik tindakan Kerajaan Anwar kerana memberi ‘gula-gula’ politik dalam tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

Perkara ini bukan sahaja melanggar prinsip pilihan raya, malah ia menjejaskan sistem demokrasi negara kerana terdapat unsur menyogok pengundi.

Dominic Lau menegaskan wang kerajaan adalah hak rakyat dan tidak sepatutnya digunakan oleh mana-mana parti untuk pilihan raya. Tetapi Kerajaan Anwar secara terang-terangan melanggar prinsip pilihan raya dengan menggunakan dana kerajaan untuk menarik undi.

“Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan kerana ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat terutamanya yang menyokong Perikatan Nasional”

“Gelagat kerajaan memberi ‘gula-gula’ politik dalam PRK adalah untuk mengambil kesempatan kepada pengundi di DUN Pelangai dan berharap kerajaan akan mendapat balasan undi dengan bantuan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau berkata semasa PRK Pelangai, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi telah meluluskan 32 projek yang bernilai RM5.5 juta termasuk membuat pembaharuan serta menaik taraf infrastruktur di daerah tersebut. Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying juga telah memberi peruntukan kepada tiga sekolah di Pelangai sebanyak RM100,000 kepada setiap sekolah.

“Kita menyedari peruntukan yang diberi hanya bertujuan untuk menarik undi semata-mata. Apabila kerajaan menggunakan taktik kotor ini, pilihan raya bukan lagi tempat untuk rakyat menyuarakan hak mereka tetapi untuk Kerajaan Anwar membeli undi”

“Kerajaan Anwar akan membuat apa sahaja untuk untuk menarik undi dan kemenangan PHBN walaupun menggunakan nama kerajaan perseketuan,” tegasnya.

Oleh itu, Dominic Lau menyeru kepada SPR mewujudkan satu peraturan pilihan raya melarang kepada mana-mana parti pemerintah memberi peruntukan di kawasan pilihan raya yang sedang dilangsungkan.

Ini adalah bertujuan untuk menjaga sistem demokrasi negara dan memastikan keputusan setiap pilihan raya adil dan saksama.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi