Siaran Akhbar

Kenaikkan peruntukkan emolumen sebanyak 39 peratus untuk JKOM adalah tidak rasional

Okt 16, 2023

KENYATAAN MEDIA
16 OKTOBER 2023

Hentikan Peruntukan Mengarut Kepada JKOM

Ketua Penerangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam menyatakan ketidakpuasan terhadap kenaikan peruntukan emolumen sebanyak 39 peratus kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam Belanjawan 2024.

Beliau mendesak kerajaan untuk segera menghentikan perbelanjaan yang tidak munasabah ini.

Menurut Wendy, tindakan ini bukan sahaja memberi beban kepada kewangan negara tetapi keputusan ini juga tidak adil kepada para pembayar cukai yang kini terperangkap dengan kenaikan harga barang keperluan asas.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung GERAKAN berkata, matlamat JKOM adalah untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi komuniti yang berkualiti tinggi, adil, seimbang dan pelbagai untuk rakyat.

“Kalau kita lihat JKOM dalam tempoh Kerajaan Anwar Ibrahim telah menjadi alat propaganda dan lidah kerajaan semata-mata.

“Kandungan yang dihasilkan dan disiarkan oleh JKOM kerana kebanyakkanya hanya memuji dasar dan pemimpin kerajaan. Malah idea dan cadangan pembangkang dikritik dan dihalang.”

Ini bermsksud bahawa JKOM tidak memainkan peranannya atau kerja yang sepatutnya dilaksanakan.

Jika kita ingat lagi apa yang Pakatan Harapan (PH) kata ketika menjadi pembangkang, mereka askyik menyifatkan JKOM sebagai ‘pembaziran dana awam’ dan ‘mencemarkan kebebasan media’.
Tetapi selepas menjadi kerajaan, PH bukan menghalang malah siap menambah peruntukan dalam kategori emolumen yang besar kepada JKOM.

“Jelas dan terang perangai PH hiporkit!, sanggup menggadaikan prinsip serta kekecewaan rakyat demi kuasa,” katanya.

Beliau menyeru kerajaan untuk segera mengurangkan peruntukan emolumen yang tidak logik kepada JKOM dan menjalankan audit menyeluruh serta penyiasatan yang adil dan tulus.

Wendy Subramaniam
Ketua Penerangan
merangkap Timbalan Setiausaha Agung
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi