Siaran Akhbar

Tawaran PM Bukan Retorik, Pembangkang Tak Wajar Tolak

Ogo 15, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia ingin menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif yang telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka kerjasama semua pihak dalam mewujudkan kestabilan politik dan pemerintahan dalam negara.

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara.

“Persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi.

“Cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara,” katanya bagi mengulas ucapan khas Perdana Menteri berhubungan tujuh tawaran yang dicadangkan Perikatan Nasional kepada parti lain semalam.

Menurutnyanya kesan pembaharuan itu jika dilaksanakan bukan saja akan mengubah landskap politik negara pada hari ini malah untuk beberapa generasi akan datang.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi GERAKAN, Koo Shiaw Lee juga berkata, semua pihak harus mengetepikan perbezaan politik sesuai dengan slogan ‘utamakan rakyat’.

“Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan Malaysia,”

“Kita boleh nampak disitu, tujuan PN adalah semata-mata untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik. Demi rakyat dan negara,” ujarnya.

Tambahnya yang juga Ketua Penerangan GERAKAN, ini bukan masanya untuk bertengkar soal siapa yang patut menjadi Perdana Menteri.
Kita boleh menyelesaikan masalah itu melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden Parti GERAKAN

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi