Siaran Akhbar

GERAKAN gesa PM jangan tunduk kepada ‘kluster’ mahkamah

Jun 4, 2022

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri dilihat seperti ‘Ditelan mati mak, diluah mati bapak ‘ selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid semasa Sambutan ulang Tahun Barisan Nasional (BN) Ke-48.

Sebelum ini Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan memberi jaminan akan berbincang dengan PM mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 dalam masa terdekat.

Menurut Baljit Singh, PM tidak seharusnya tunduk kepada pihak yang digelar sebagai ‘Kluster Mahkamah’. ‘Kluster Mahkamah’ merujuk kepada mereka yang mempunyai kes yang akan atau sedang dibicarakan atau dalam proses rayuan.

“Saya faham PM akan didesak untuk memilih diantara kesetiaan kepada parti UMNO atau barisan kabinet sekarang.”

“Mungkin PM akan menerima desakan dan kata dua oleh pihak ‘Kluster Mahkamah’ untuk menurut kehendak mereka.”

Pada hemat saya, keadaan inflasi yang semakin meningkat dimana menjadi tekanan kepada sara hidup rakyat patut diutamakan. Sekarang bukan masanya bermain politik.

Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan visi dan misi yang mengutamakan rakyat dan bukan ahli-ahli politik yang berkepentingan peribadi.

Rakyat sudah muak dengan permainan politik dan ini dapat dilihat dari peratusan pengundi yang rendah semasa pilihanraya di Melaka dan Johor. Mereka menderita akibat harga barangan keperluan yang semakin meningkat seperti ayam dan lain lain tetapi pemimpin asyik bermain politik.

Selain itu, PM juga seharusnya mengambil kira pendapat dari kesemua Jemaah Menteri, yang sebahagiannya termasuk ahli Bersatu dan Pas.