Siaran Akhbar

Anwar tidak bijak apabila mencadangakn duit KWSP sebagai cagaran pinjaman

Mac 10, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bijak kerana mencadangkan wang simpanan KWSP digunakan sebagai cagaran jika membuat pinjaman bank.

Beliau berkata, pengeluaran wang simpanan KWSP adalah hak ahli KWSP, bukannnya hak Kerajaan. Jika ahli KWSP menggunakan wang simpanan mereka untuk membayar pinjaman bank, ahli KWSP juga perlu membayar kadar faedah yang ditetapkan oleh bank. Ini boleh diumpama sama seperti membuat pinjaman bersama ceti haram.

“Kenapa jadikan wang simpanan KWSP sebagai cagaran? Itu hak rakyat bukan duit Kerajaan atau Bank”

“Pelaksanaan ini akan lagi membebankan rakyat kerana terpaksa bayar bunga atau kadar faedah!Ini bukan membantu tapi menyusahkan dan menambah hutang rakyat”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau mencadangkan, daripada menggunakan wang simpanan KWSP sebagai cagaran pinjaman bank, KWSP boleh melancarkan skim pinjaman khas untuk ahli KWSP bagi menyelesaikan masalah kewangan.

KWSP juga mempunyai inisiatif untuk memberi pinjaman kepada pencarum KWSP dan mengenakan kadar faedah yang rendah kepada mereka. Jika membuat pinjaman daripada bank, ia akan memberi lebih masalah kepada ahli KWSP kerana terpaksa membayar kadar faedah yang tinggi.

Beliau berkata, KWSP dapat memberi faedah kepada pencarum dalam bentuk dividen termasuk kepada ahli yang membuat pinjaman.

“Dengan cara ini, wang simpanan pencarum KWSP tidak akan terjejas kerana pinjaman perlu dibayar balik dan KWSP boleh memanfaatkan faedah yang diperoleh daripada pencarum KWSP melalui dividen tahunan.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi