Siaran Akhbar

Kenapa Zahid takut sangat untuk menyuruh DAP minta maaf kepada UMNO?

Jun 9, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai terkejut dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menghiraukan permintaan Ketua Pemuda UMNO agar DAP memohon maaf atas pelbagai fitnah lampau terhadap UMNO.

Beliau percaya permohonan maaf daripada DAP itu adalah wajar dan munasabah. Langkah ini bukan sahaja dapat bantu mengurangkan rasa tidak puas hati akar umbi UMNO berikutan kerjasama mereka, malah juga akan membantu UMNO pada PRN akan datang.

Namun, sebagai presiden, Zahid tidak sepatutnya memanjangkan pertelingkahan antara DAP dan UMNO, kerana ia akan membuatkan orang ramai tertanya-tanya?

“Apa yang Zahid takutkan? Adakah DAP menjanjikan sesuatu kepada Zahid untuk membentuk Kerajaan Campuran tanpa pengetahuan orang luar, sehingga tidak berani menyinggung DAP? Beliau perlu menjelaskan perkara ini kepada akar umbi UMNO.”

Dominic Lau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa DAP telah membuat pelbagai fitnah terhadap UMNO dahulu. Jika ada dakwaan palsu atau tidak benar, maka DAP harus bertanggungjawab untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saling memahami dan minta maaf dalam politik adalah asas untuk membina kepercayaan dan persefahaman, bukan mengabaikan kesalahan lalu.”

Dominic Lau turut memberi contoh bahawa sebelum penubuhan Kerajaan Campuran, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga pernah meminta maaf kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg atas sebarang kenyataan oleh pemimpin parti DAP yang menyinggung perasaannya. Dalam situasi yang sama, mengapa Zahid takut untuk minta DAP memohon maaf kepada UMNO?”

“Bagaimana UMNO boleh mengaku membela orang Melayu dan Islam jika mereka tidak berani meminta DAP untuk memohon maaf atas pelbagai fitnah yang dilakukan sebelum ini?”

“Ini urusan dalaman parti, Zahid tidak boleh menghiraukan, dan membuat keputusan yang membelakangkan akar umbi” tegas Dominic

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia