Siaran Akhbar

Akaun twitter Dominic Lau digodam pihak tidak bertanggungjawab

Jul 24, 2023

Dimaklumkan bahawa laman sosial Twitter rasmi YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tengah hari tadi.

Pentadbir akaun Twitter rasmi (Dr.Dominic Lau 刘华才) sangat terkejut apabila terdapat satu ciapan pada pukul 12.37 yang kurang hormat iaitu ‘Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak?

Untuk makluman, ciapan tersebut bukannya datang daripada YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai atau pentadbir yang sah.

Pihak pentadbiran sedang mengesan punca insiden ini. Buat masa sekarang, protokol keselamatan yang terbaru telah diaktifkan termasuk penukaran kata laluan pada semua akaun media sosial rasmi beliau.

Dalam pada itu, beliau akan membuat laporan polis mengenai isu ini dalam masa terdekat.

Kesempatan ini juga pihak YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan pihak pentadbir akaun ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai,
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia