Siaran Akhbar

Isu kaum india Kota Anggerik: Pengundi perlu ajar Najwan Halimi di PRN nanti

Jul 25, 2023

Baru-baru ini timbul kontroversi di mana bekas ADUN Kota Anggerik Najwan Halimi mengeluarkan komen berbaur perkauman. Isunya tercetus apabila beliau komen ‘parti india estet’ berserta dengan berita pengumuman calon India dari parti PSM. Ucapan itu meninggung perasan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum India.

Ketika rakyat sedang menunggu keputusan Lembaga Disiplin PKR untuk memutuskan tindakan disiplin, Presiden PKR mengumumkan pencalonan penggal kedua beliau sebagai calon ADUN di Kota Anggerik.

Kepada pengundi di luar sana, jangan terkejut dengan keputusan tersebut, ini memang sikap kerajaan Madani, cakap tak serupa bikin. Inilah kerajaan Madani yang bersikap angguh, tidak kira apa keluhan rakyat, kepentingan politik diutamakan dulu.

Di Perikatan Nasional, kami mesti tidak akan membenarkan perkara ini berlaku apatah lagi menaikkan orang macam ini sebagai calon. Ini terang-terang prejudis dan rasis terhadap kaum India.

Dalam satu Kongres PKR, YAB Perdana Menteri pernah berjanji untuk mempertahankan keadilan ke atas siapa-siapa yang berasa ditindas. Katanya ini tempat untuk semua rakyat Malaysia. Inilah masanya untuk membuktikan tekad tersebut, bukan sekadar gimik di atas pentas sahaja.

Memandangkan kepimpinan parti PKR ambil sikap tidak endah, sekarang keputusan itu ada di tangan pengundi. Kepada pengundi Kota Anggerik, pastikan anda mengundi dengan wajar. Inilah peluang terbaik untuk memberi pengajaran kepada mereka.

WONG CHIA ZHEN
PENGERUSI PERHUBUNGAN GERAKAN NEGERI KEDAH
KETUA PEMUDA GERAKAN NASIONAL