Siaran Akhbar

DAP minta jawatan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang

Jul 25, 2023

GERAKAN mengkritik tindakan Kerajaan Campuran membuat perjanjian atau jaminan lantikan politik untuk DAP sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Selangor nanti.

Malah pengumuman Anthony Loke seperti memberi jaminan bekas ADUN DAP Yong Hian Wah akan dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang kerana dikatakan sebagai syarat DAP menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua kepada Barisan Nasional.

Ini merupakan satu lantikan politik secara terang-terangan untuk kepentingan parti. Barisan Nasional juga sanggup gadaikan atau beri apa sahaja kepada DAP.

“Kalau dilihat Anwar Ibrahim sudah jauh daripada prinsipnya. Dia sudah mengikut landskap politik UMNO yang melantik kroni-kroni dalam jawatan GLC. Demi kepentingan parti”

Sehubungan itu, saya menggesa rakyat harus melihat dan menilai pemimpin-pemimpin PH-BN yang menggunakan undi rakyat untuk mendapat jawatan dan mereka sememangnya ada aganda sendiri.

Inilah akibat yang terpaksa dihadapi oleh rakyat kesan kerjasama kerajaan Anwar-Zahid. Perikatan Nasional yakin rakyat Selangor dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata.

Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.

HENRY TEOH KIENG HONG
PENGERUSI PERHUBUNGAN
PARTI GERAKAN NEGERI SELANGOR