Siaran Akhbar

Baljit gesa Anwar Ibrahim minta maaf

Ogo 7, 2023

Naib Presiden GERAKAN, Dato Baljit Singh mengkritik cara Anwar Ibrahim menjawab soalan pelajar semasa sesi dialog di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang semalam.

Baljit Singh berkata, jawapan diberikan Anwar Ibrahim itu tidak patut dan sebagai seorang Perdana Menteri ia seperti pembuli yang menjijikan.

“Adakah Perdana Menteri tidak dapat membezakan antara musuh politik dan pelajar muda? Kerana itulah satu-satunya penjelasan tidak rasional kerana ia bercampur dengan agenda politik.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau perlu memahami perasaan rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang sedang kecewa. Bukannya menjawab dalam keaadan emosi” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Baljit Singh yang juga merupakan calon Perikatan Nasional N.17 Bukit Tengah, pelajar sekarang sudah matang dan mempunyai keinginan untuk memahami landskap politik Malaysia. Tingkah laku seperti itu amat memalukan.

Dalam pada itu, Baljit Singh ingin menanyakan dimana pendekar-pendekar DAP yang selama ini memperjuangkan hak sama rata di Malaysia.

“Dimana Timbalan Menteri Pendidikan daripada DAP? Adakah hanya diam membisu bersembunyi di belakang Anwar Ibrahim setelah menjadi kerajaan” tegasnya.