Siaran Akhbar

Laman web INSAN curi data peribadi rakyat Selangor

Ogo 23, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat laman sesawang Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang melibatkan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd bersama Kerajaan Negeri Selangor.

Pengerusi Perhubungan GERAKAN negeri Selangor Henry Teoh Kien Hong berkata, PDRM perlu siasat perkara ini dengan segera kerana ini telah melibatkan data-data peribadi rakyat Selangor.

“Ia menjadi satu kesalahan apabila maklumat peribadi dibocorkan menerusi apa-apa platform termasuk internet mengikut Akta Perlindungan Peribadi 2010 (Akta 709)”

“Menteri Besar Selangor memberi alasan pada sidang media hari ini semua maklumat dalam INSAN itu hanya pra-pendaftaran. Tetapi rakyat Selangor bukannya tidak cerdik! pra-pendaftaran pun memerlukan persetujuan individu terbabit” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Henry, kecoh hari ini rata-rata rakyat Selangor yang membuat semakan kebanyakakn maklumat peribadi mereka sudah didaftarkan dalam sistem INSAN tersebut.

“Malah maklumat peribadi yang dicuri tanpa izin ini juga dijadikan modal politik oleh siber pro-PHBN untuk mengugut penyokong-penyokong Perikatan Nasional”

“Contohnya pempengaruh sosial media YB Viral dan DD Choronicle turut menjadi mangsa penyebaran maklumat peribadi di laman sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu, saya ingin menyoal kerajaan negeri Selangor kenapa sistem insuran boleh didafarkan secara automatik tetapi sistem-sistem dana atau peruntukkan daripada kerajaan negeri secara manual.

Jadi, saya menasihatkan orang ramai agar menyemak nama masing-masing jika didapati wujud, segeralah membuat laporan di Balai Polis berhampiran.

HENRY TEOH KIEN HONG
PENGERUSI HUBUNGAN
PARTI GERAKAN NEGERI SELANGOR