Siaran Akhbar

Adakah lepaskan Zahid Hamidi prinsip Pakatan Harapan?

Sep 4, 2023

Mahkamah Tinggi hari ini melepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, ia bermakna Ahmad Zahid telah menyingkirkan 2 kes dengan jumlah 87 pertuduhan.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengecam keputusan tersebut sekiranya terdapat campur tangan Kerajaan Campuran dalam proses kehakiman dan melepaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah.

Beliau berkata, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu dan selepas menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa beliau dan Pakatan Harapan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan perasuah. Baru-baru ini, beliau turut menyatakan mengenai antirasuah semasa perhimpunan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pulai, namun hari ini pihak pendakwa memohon kepada mahkamah untuk melepaskan Ahmad Zahid.

“Keputusan pihak pendakwaan dan kerajaan bukan sahaja mengkhianati kepercayaan rakyat, tetapi juga merupakan tingkah laku “anti-demokratik” yang diterajui kerajaan dalam menyalahgunakan kuasa dan prosedur, ia telah merosakkan kredibiliti dan imej sistem kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Jika Anwar Ibrahim memutuskan untuk ‘melepaskan’ Zahid hari ini, adakah rakyat Malaysia akan mempercayai sistem kehakiman negara kita lagi? Adakah ini ungkapan terang-terangan kepada rakyat bahawa ‘undang-undang adalah permainan yang dimainkan oleh orang kaya dan berkuasa?” tegasnya.

Dominic Lau berkata, Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia menuntut agar kerajaan Anwar dan Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan sebab penarikan 47 pertuduhan terhadap Zahid Hamidi.

“Parti Gerakan Rakyat Malaysia bersama Perikatan Nasional akan terus memantau perkembangan kes Zahid Hamidi dan pada masa yang sama berusaha untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan keadilan Malaysia.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia